Sarawak akan mewujudkan dokumen sementara bagi mengatasi masalah kekangan terhadap akses ke atas kanak-kanak yang tidak memiliki taraf kewarganegaraan.
Dokumen sementara itu dilihat memudahkan para penjaga kanak-kanak tersebut selain memudahkan mereka mendapatkan perkhidmatan asas seperti kesihatan, serta institusi pendidikan rendah dan menengah.